Home Products MESEJ CINTA TERAKHIR : I LOVE YOU

Sale!

MESEJ CINTA TERAKHIR : I LOVE YOU

RM24.00RM27.00

0 out of 5

HANNAH EZATY

Clear
SKU: 978-967-0870-07-6. Category: . Tag: .

Description

CAPTION :

Bila dekat membenci, bila jauh merindu

 

BLURP :

“Far cakap Far nak bercerai!”-Farhah

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta tiba-tiba berantakan dan mahu diakhiri dengan perceraian. Farhah dengan keras kepala dan egonya manakala Muhsin pula hanya mahu memenuhi kehendak si isteri.

Dalam pada sibuk bercakaran dan saling bertegang urat sementara menanti hari perceraian, ‘perpisahan’ sementara yang terjadi, menerbitkan satu rasa aneh di hati masing-masing. Saat itu, mesej cinta menjadi penghubung antara mereka.

Hai, wife. Dah tidur?

Hai, husband. Belum tidur. Awak duk buat apa?

Tengah mesej dengan isteri sendiri. Wink!Wink!

Mesej-mesej antara mereka mengembalikan memori percintaan yang penuh dengan suka duka sehingga membuatkan Farhah dan Muhsin saling merindu. Dalam diam, ada debar yang menggoncang dada dan ada cinta yang kembali mekar di taman hati masing-masing.

Bila hati mula bertaut kembali, muncul pula Kyra yang dianggap orang ketiga dalam hubungan mereka sehingga mencetuskan cemburu di hati Farhah.

Wife,saya mungkin balik lewat.Lepak dengan Kyra.

Baguslah macam tu.Kyra tu kan cantik,seksi,pandai ambil hati orang pula tu.

Berbahang hati Farhah melihat perhatian yang Muhsin berikan kepada Kyra sehingga dia

memasang satu rancangan untuk mengikat dan memikat kembali hati Muhsin. Berjayakah

rancangan Farhah untuk menyelamatkan rumahtangganya? Dan adakah mesej cinta terakhir ini sebagai penamat hubungan mereka?

Additional information

Weight 450 kg
Harga untuk

Semenanjung Malaysia, Sabah / Sarawak

Reviews

There are no reviews yet!

Be the first to write a review

*

Delivery and Returns Content description.