Home Products KASUT HITAM TOPI PINK

Sale!

KASUT HITAM TOPI PINK

RM28.00RM31.00

0 out of 5

NURIL BAHANUDIN

Clear
SKU: 978-967-0870-00-7. Category: . Tag: .

Description

Caption :

“Bila cinta yang berkuasa, benci pun jadi suka.”

Blurb :

“Manalah aku cabar kau. Kau tu yang tak berani. Mulut je cakap besar tapi pengecut. Sungguh.. Sampai sekarang aku tak faham apa motif kau serang aku dekat sini ni! Kau ingat muka kau kacak sangat ke sampai asyik nak muncul dekat depan aku ni?” ~ Chomel Mayesa
“Pengecut kau kata aku? Eh, kau ni memang nak kenalah. Jangan panggil aku Zaif, kalau aku tak buat kau melutut dengan aku!! ~ Zaif Affendy”
Menjadi tukang kasut!
Chomel Mayesa, menyambung legasi arwah ayahnya menjadi tukang kasut. Tidak pernah peduli dengan pandangan orang lain. Apatah lagi dengan lelaki bernama Zaif Affendy.
Perkenalan secara tidak sengaja dengan Zaif Affendy yang merupakan pelanggannya telah memulakan segalanya. Zaif, sombong dan bongkak. Zaif juga yang pembersih dan cerewet tahap kritikal! Zaif yang selalu menyakitkan hati.
Salah faham mula timbul bila Chomel membantu Catilya, teman wanita Zaif yang hampir terjatuh dan dalam masa yang sama Zaif telah terlihat aksi mereka. Kerana terlampau sayang pada Catilya, timbul rasa cemburu. Zaif mula curiga dan menuduh Catilya curang kerana perwatakan Chomel yang seperti lelaki tetapi suka memakai topi berwarna pink!
“Oii… Sudahlah Mat! Orang dah tak hendak, buat apa tersua-sua. Terima saja kenyataan dan tak payah jadi orang yang bebal.”~ Chomel Mayesa
“Diamlah, tomboi! Nama aku Zaif lah , bukan Mat tau!”~ Zaif Affendy
Dek kerana tak tahan dengan perangai cemburu melampau Zaif, Catilya telah mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka. Pergaduhan besar mula tercetus kerana Zaif menyangka Chomel adalah punca segala-galanya.
Akan berpenghujungkah perseteruan antara mereka? Sedangkan pantai lagi berubah bila dipukul ombak, inikan manusia yang punya pelbagai rasa. Antara marah dan suka, banyak bezanya. Antara benci dan rindu, jauh maksudnya. Jom telusuri kisah mereka dalam naskah ini.

Additional information

Weight 500 kg
Harga untuk

Semenanjung Malaysia, Sabah / Sarawak

Reviews

There are no reviews yet!

Be the first to write a review

*

Delivery and Returns Content description.