Home Products HANYA KAMU JOHANNA

Sale!

HANYA KAMU JOHANNA

RM22.00RM25.00

0 out of 5

DILLA AHMAD

Clear
SKU: 978-967-0870-08-3. Category: . Tag: .

Description

CAPTION

Cinta tak memandang siapa aku dan siapa kamu

 

BLURB

 

“Pasti ada sesuatu perkara yang awak buat sampai umi hantar awak ke mari, kan??” – Syed Harraz

“Saya dah bunuh seseorang!”- Johanna

 

Pertama kali bertentang mata dengan Johanna, Syed Harraz tidak suka dengan imej gadis itu. Dari atas sampai ke bawah, semuanya hitam. Gothic. Itulah gaya yang dibawa oleh Johanna.

 

Tak pernah ada perempuan yang tak menggedik bila bersama dengannya. Semua akan menempel apabila melihat wajah kacak Syed Harraz. Tapi yang ini, sedikit pun tidak menunjukkan minat kepadanya. Namun, bila adanya Johanna, hidupnya tidak lagi sunyi. Gadis itu merubah rutinnya. Bagi Johanna pula, hadirnya bukan untuk memikat sesiapa. Jauh sekali Syed Harraz Hussain. Siapa sangka, dia boleh berkawan baik dengan lelaki senyum senget itu.

 

“Nak ke mana tu?”- Syed Harraz

“Nak sambung kerja gualah, bro!”- Johanna

“Aik? Layanlah aku makan dulu. Aku sorang-sorang aje makan ni.”- Syed Harraz

“Lu tu bukan suami gua, bro… Nak kena layan bagai!” – Johanna

 

Setiap kali panahan mata bundar itu tepat memandangnya, jantung Syed Harraz berdegup laju. Hati mula memainkan tempo. Dunia ini ana yang punya!

 

Tapi, apabila si abang suarakan rasa suka pada Johanna, jantung pula berhenti berdetak. Nafas seakan sudah tersekat. Senyuman si abang meluluhkan perasaan. Syed Harraz hanya mampu berdiam. Dia hanya mampu melihat. Kepada Johanna disampaikan pesan. Kerana cinta ini tidak memandang siapa aku dan siapa kamu!

Additional information

Weight 450 kg
Harga untuk

Semenanjung Malaysia, Sabah / Sarawak

Reviews

There are no reviews yet!

Be the first to write a review

*

Delivery and Returns Content description.