Home Products BUAH HATI AHMAD RIZZA

Sale!

BUAH HATI AHMAD RIZZA

RM20.00RM23.00

0 out of 5

ALYA BAHARI

Clear
SKU: 978-967-0870-63-2. Category: . Tags: , , .

Description

Caption:

Tanya sama hati, pernahkah nerindu, ingat masa lena apa mimpimu…

Blurb:

“Aku ni tak pandai nak romantik-romantik. Senang cakap, aku macam ni ajelah, Nel. Aku tak super duper hot, aku tak yummylicious. Aku pun tak melting-melting tu.”

Dia memang mengaku dia tak punya aura pemanis bicara. Dia tak punya cara seorang gentleman. Dia hanya ada sesuatu yang biasa ada pada lelaki biasa.  Ahmad Rizza Ahmad Shah. Pemilik nama ini sudah jatuh cinta pada Nelinda Tan Sri Ismail. Bukan sekali, malah berkali-kali. Bukannya Nelinda tak tahu perasaan Riz pada dia. Dan bukannya Nelinda tak suka dia, Cuma kata Nelinda… belum datang seru!

Jadi buat apa susah payah untuk memaksa gadis itu mencintai dia, sedangkan dia tahu suatu hari akan terbuka hati Nelinda untuk menerima dia seadanya. Yang perlu dia lakukan adalah terus-terusan tawan hati Nelinda.

“Betul you nak kahwin dengan I, ni?”- Nelinda

Kalau dah diri dilamar oleh si pujaan hati, apa lagi jawapan yang dia nak beri. Dia memang suka. Sangat-sangat! Namun, ada perkara yang perlu dia tahu. Benarkah hati Nelinda tertulis namanya?

Tanya sama hati, apa rasa sayang…

Namun, bukan senang memperisterikan bos sendiri. Adakalanya dia lupa siapa Nelinda ketika di pejabat. Dia bukan yang pandai susun ayat bila bercakap, apatah lagi bila hal melibatkan kerja. Tak kira siapa pun yang dia berdepan, dia tetap Ahmad Rizza yang sama.

Bagi Nelinda, Riz satu dalam sejuta. Riz lah yang paling handsome untuknya. Riz jugalah yang paling manis. Tak perlu jadi orang lain jika hati dia dah suka. Dia akan cuba jadi buat hati Ahmad Rizza dengan cara dia sendiri.

“Every love story is beautiful, but ours is my favourite…”-Ahmad Rizza Ahmad Shah

Tekanlah berapa banyak kalkulator pun, dia takkan dapat cari jumlah cinta dia pada Nelinda. Kalaulah ada lagi nilai yang lebih infiniti… itulah jawapannya!

Additional information

Harga Untuk

Semenanjung Malaysia, Sabah / Sarawak

Delivery and Returns Content description.